Anda berada di: Halaman Utama

Selamat Datang!

E-mail Cetak PDF



altKami menyediakan Pendidikan Prasekolah untuk kanak-kanak berumur 5-6 tahun, dengan menawarkan sistem pendidikan yang menggabungkan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dan kurikulum kami sendiri iaitu Kurikulum Bersepadu Tadika Amal yang menekankan amalan Islami di dalam kehidupan seharian. Kami juga menawarkan 2 aliran, iaitu  aliran Bahasa Melayu(Tadika Amal) dan aliran Bahasa Ingggeris (Amal Hidayah Preschool). Anak-anak anda akan mendapat pengalaman yang menggembirakan bersama kami melalui pendekatan ‘belajar melalui bermain’.

Pembelajaran tidak terhad di tadika sahaja, mereka juga akan dibawa meneroka alam sekitar melalui lawatan-lawatan bertema. Di samping itu adab-adab Islam sentiasa diamal secara praktikal. Alhamdulillah sejak lebih 20 tahun, Tadika Amal telah melahirkan anak-anak yang cemerlang dari sudut akademik dan penghayatan Islam. Kini kami mempunyai 6 buah tadika di sekitar Lembah Kelang.